top of page

Air Hijau (Chlorella)

Air Hijau (Chlorella) Merupakan Sejenis Organisma Kecil Yang Hidup Di Dalam Air Yang Juga Dikenalikan Sebagai "Plankton".

Ia Merupakan Salah Satu Sumber Makanan Kepada Kutu Air Yang Luas Digunakan Di Dalam Industri Perternakan Ikan Hiasan.

Ia Boleh Tumbuh Dan Hidup Dengan Semulajadi Dalam Akuarium Atau Wadah Ikan Ternakan. Nanum, Ia Tidak Dapat Membiak Dengan Banyak Tanpa Makanan Yang Mencukupi.

Dengan ini, Terhasilnya Ramuan Atau Formula Baja Untuk Kultur Air Hijau.

Bahan Kultur Air Hijau

- Baja Urea N46% + NPK 15-15-15 + Dedak Padi + Gula Merah/Pasir + EM4 

  Perikanan

- Starter Air Hijau

- Air Paip

- Wadah – Akuarium (disyorkan) / wadah yang lutsinar

          EM4                NPK 15-15-15      Baja Urea N46%

Sukatan Untuk Hasilkan 20L Air Hijau

0.5L Starter Air Hijau

19.5L Air Paip

 

Beli Set/Pakej

1 Uncang Baja TGP

1 Black Tonic

atau

Formula Sendiri

Baja Urea N46% + NPK 15-15-15 + Dedak Padi Hancur + Gula Merah/Pasir + EM4 Perikanan masing-masing 2 sudu besar.

 

Langkah-langkah Kultur Air Hijau (60L)

Takungkan 58.5L Air Paip

Perah 3 Uncang Baja TGP Dan Digaul Sebati

Masukkan 3 Black Tonic Dan Digaul Sebati

Masukkan 1.5L Starter Air Hijau Dan Digaul Sebati

Ditutup Dengan Jaring Berlubang Halus Untuk Elakkan Dari Nyamun Bertelur.

Perlu Ditutup Pada Bahagian Atas Untuk Elakkan Air Hujan Yang Akan Neutralkan Campur Baja Yang Akan Menganggu Kestabilan PH Air.

Tidak Boleh Ditutup Rapat Sehingga Tanpa Ruang Untuk Pengudaraan.


Air Hijau (Chlorella) Perlukan Cahaya Matahari Untuk Terus Hidup Dan Membiak.

Sekiranya Gunakan Akuarium Atau Wadah Yang Berlutsinar, Maka Tidak Perlu Buka Penutup Pada Siang Hari. Sinar Cahaya Boleh Masuk Dari Keempat-empat Sisinya.
Dengan Ini, Kita Tidak Perlu Buka Dan Tutup Penutupnya Saban Hari Dan Tidak Bimbang Bila Waktu Hujan.

Ia Perlu Digaulkan Sebati Sekurang-kurangnya Sekali Pada Setiap Hari.

Hasil Hari ke-3
Air Hijau Semakin Membiak Dengan Banyak

Hasil Hari ke-5
Air Hijau Semakin Membiak Dengan Banyak
Dan Semakin Berwarna Hijau Pekat.

Hasil Hari ke-6
Air Hijau Semakin Membiak Dengan Banyak
Dan Semakin Berwarna Hijau Pekat.

Hasil Hari ke-8
Air Hijau Semakin Membiak Dengan Banyak
Dan Semakin Berwarna Hijau Pekat.

Air Hijau Hanya Boleh Digunakan Untuk Diberi Makan Kepada Kutu Air Sekiranya Ia Tidak Berbau Lagi.

Biasanya Pada Hari Ke-9 Sudah Tidak Berbau Dan Boleh digunakan Sebagai Makanan Kutu Air.

bottom of page