top of page

Kahwin Silang 交叉繁殖

Pembiakan dengan Ikan jantan dan ikan betina dari baka yang berlainan, bertujuan untuk menambahbaikkan ciri-ciri ikan yang sedia ada dan mewujudkan baka yang baru.

Sebahagian anak ikan yang dilahirkan akan mirip induk jantan atau induk betina, sebahagian mungkin memiliki kedua-dua ciri dari induk jantan dan induk betina, dan sebahagian lagi mungkin tidak mirip mana-mana pihak.

Namun, ia bergantung kepada kekuatan gen ikan guppy jantan dan ikan guppy betina tersebut.

Ia memerlukan tempoh masa yang panjang sehingga setahun atau  lebih di mana sehingga mencapai kestabilan genetik iaitu pada generasi ke-3.

Bagaimanapun, tidak semua kacukan ini akan membuahkan hasil yang diingini.

不同品种的雄鱼和雌鱼交配繁殖,是为了要改良现有鱼的一些部位的特征,创造出新的品种。

有些小鱼会长得像父鱼或母鱼,有一些小鱼可能拥有父鱼和母鱼的特征, 另一部分可能不像任何一方。

但是,这取决于父鱼和母鱼的基因强度。

它需要长达一年或更长的时间才能达到基因稳定性的第三代。

然而,并非所有这些交叉繁殖都能产出预期的结果。

 

Contoh 1

Silang kahwin Tuxedo dengan Blue Grass.

Anak ikan masih mewarisi badan Tuxedo, namun ekornya berbintik kerana membawa gen dari Bule Grass.

Tuxedo mempunyai gen yang kuat pada badan serta warna bandannya.

Grass mempunyai gen yang kuat pada bintik-bintik ekor.

示例 1

交叉繁殖礼服与蓝草。

小鱼仍然继承了礼服的身体,但它的尾巴携带了来自蓝草的斑点基因。

礼服的身体和颜色具有很强的遗传基因。

蓝草有很强的斑点尾基因。

Tuxedo Grass 草礼服

Contoh 2

Silang kahwin Tuxedo Grass dengan Platinum Red Tail Dumbo

Sebahagian besar anak ikan mewarisi badan platinum.

Namun, berlaku perubahan pada rupa bentuk ekor dan sayap telinga, iaitu ekornya lebih lebar dan panjang disebabkan membawa genetik dari Tuxedo dan kebesaran sayap telinga yang tidak ketara.

Hanya sebilangan saja yang mewarisi badan Tuxedo.

Generasi Ke-1 (G.1) Tuxedo Platinum Red Tail

Ikan Jantan Tuxedo Platinum Red Tail (G.1) X Betina Platinum Red Tail Dumbo

Generasi Ke-2 (G.2) Tuxedo Platinum Red Tail

Adalah diharapkan anak ikan akan mewarisi ciri-ciri ekor dari Tuxedo yang memiliki saiz ekor yang lebar.

Contoh 3

Silang kahwin Blue Tuxedo dengan Platinum Mosaic Dumbo

Sebahagian besar anak ikan mewarisi badan platinum.

Namun, berlaku perubahan pada rupa warna ekor dan sayap telinga, iaitu 

- warna ekornya keunguan yang lebih menonjol dan menyerlah.

- kebesaran dan warna sayap telinga yang tidak sekata, di mana ada yang

  bertelinga besar serta berwarna biru.

Generasi Ke-1 (G.1) Tuxedo Mosaic

Ikan Jantan Tuxedo Mosaic (G.1) X Betina Platinum Red Tail Dumbo

Generasi Ke-2 (G.2) Tuxedo Mosaic Red Tail
 

Adalah dijangkakan anak ikan akan mewarisi badan Platinum, ekor dari Mosaic dan bertelinga besar.

Ikan Betina Tuxedo Mosaic (G.1) X Jantan Platinum Red Tail Dumbo

Generasi Ke-2 (G.2) Tuxedo Mosaic Platinum Red Tail

Adalah dijangkakan anak ikan akan mewarisi badan Platinum, ekor dari Mosaic dan bertelinga besar.

bottom of page